PUSAT KEGIATAN GURU
Pusat Kegiatan Guru Bukit Jenun  
  Pengenalan
  Info Pkg
  Misi
  Pengurusan
  Sekolah Ahli
  Utiliti
  Aktiviti
  Pautan
  Buku Pelawat
  Bancian
  Muat Turun
  Lain-lain
Email PKG 1. pkg_bukit_jenun@moe.edu.my 2. pkgjenun@streamyx.com 3. pkgjenun@yahoo.com
Pengenalan

Teknologi Menjana Pendidikan Bestari

 




PUSAT KEGIATAN GURU BUKIT JENUN 
KOD :KQAA 001 
Alamat @ SK BUKIT JENUN 06720 PENDANG KEDAH DARUL   AMAN 
Tel: 04-7597440, Fax: 7598801 

      
      Gambar PKG Bukit Jenun

 

                                                                                                           Info Terkini
                 

 

SEMASA 

PKG Bukit Jenun mengucapkan
tahniah kepada sekolah ahli yang mencapai keputusan yang terbaik dalam UPSR 2007.
Tidak lupa juga diucapkan selamat bercuti kepada semua guru dan murid sekolah ahli.

 

Anda boleh menyemak status PTK anda secara online di laman web
Majlis Peperiksaan Malaysia.

BERITA PENDIDIKAN

J-QAF Diperluas Di Sekolah Pendidikan Khas
BERNAMA 12 November 2007

Tujuh Buku Diharamkan Kerana Sentuh Kesucian Islam
BERNAMA 12 November 2007

Banyak fakta dalam buku teks tidak relevan
Berita Harian (Laporan Khas)

Sekolah Satu Sesi Mungkin Dilaksanakan Sepenuhnya Pada Tahun 2010
BERNAMA 25 September 2007

Semua Rakyat Malaysia Punya Hak Sama Untuk Pendidikan Berkualiti - TPM
BERNAMA 28 Ogos 2007

~ ~ ~

Ketahuilah waktu solat.

 

 

Pengenalan
P
usat Kegiatan Guru mula ditubuhkan pada tahun 1978, dikenali sebagai Pusat Sumber Tempatan(PST).1981diubah nama kepada Pusat Media Daerah(PMD). Mulai 1986 nama PMD telah ditukar pula kepada Pusat Sumber Pendidikan Daerah 
Fungsi utama PSPD untuk merapatkan jurang pencapaian pendidikan antara bandar dan luar bandar.PSPD berperanan menyediakan perkhimatan pinjaman alatan dan membina bahan pengajaran dan pembelajaran. PSPD juga bertindak sebagai agen untuk guru-guru khasnya di luar bandar bagi membiasakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran teknologi. Untuk menampakkan keterampilan peranan dan fungsi PSPD, pada tahun 1990 nama PSPD ditukarkan kepada Pusat Kegiatan Guru (PKG)
 
 Berasaskan Pekeliling 30.1.1995, mulai 1 Januari 1996, PKG telah diletakkan sepenuhnya di bawah PSPN dan PSPN pula di bawah BTP, Kementerian Pelajaran Malaysia.
 
 Di Negeri Kedah D.A. terdapat 19 buah PKG yang berbangunan khas manakala 13 buah lagi berbangunan sementara. PKG berperanan penting dalam mempertingkatkan dan memperluaskan aplikasi teknologi pendidikan dalam proses P&P di sekolah-sekolah.
 
 Sejarah Pengurusan

 PKG Bukit Jenun pernah di urustadbir oleh Penyelaras pertama En. Mohtar B. Ahmad mulai (17.8.1991-30.6.1998), Kemudian En. Mohd. Sofi B. Md.Akhir ( 18.10.1998 - 30.11.2003) dan sekarang diterajui oleh En. Ruslim B. Hassan dibantu oleh En. Adnan B. Arshad serta N17 Pn. Nor Adibah Bt. Maasom. 

 

 
Waktu Anda Sekarang  
   
PIPP  
  PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
Dalam menjayakan Misi Nasional, KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan SK sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada di SK. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC, SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.
Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan negara iaitu:
Teras 1 Membina Negara Bangsa
Teras 2 Membangunkan Modal Insan
Teras 3 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 Melonjakkan KecemerlanganInstitusi Pendidikan
 
 
 
 
Today, there have been 4 visitors (5 hits) on this page!
This website was created for free with Own-Free-Website.com. Would you also like to have your own website?
Sign up for free