|
 |
|
Pusat Kegiatan Guru Bukit Jenun |
|
|
|
Email PKG
1. pkg_bukit_jenun@moe.edu.my
2. pkgjenun@streamyx.com
3. pkgjenun@yahoo.com |
|
|
|
|
|
 |
|
Misi |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
MISI
Membina, mempertingkat dan mengekalkan amalan penggunaan teknologi pendidikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran secara kreatif dan inovatif.
MATLAMAT
Untuk meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah- sekolah melalui peningkatan taraf profesionalisme guru guru berdasarkan penghayatan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. PKG akan merealisasikan potensi dan individualiti guru sehingga dapat melaksanakan amanah dengan baik dalam setiap peringkat dan bidang kehidupan bagi menghadapi cabaran wawasan 2020 selaras dengan dasar pembangunan Negara.
Falsafah
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
Objektif
Dengan wujudnya Pusat Kegiatan Guru, melalui program dan aktiviti yang sistematis di harap akan dapat:
Meningkatkan kualiti pendidikan, hasil daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang terancang.
Menjalankan aktiviti penyelidikan untuk mengesan keberkesanan proses pengajaran-pembelajaran.
Mengesan serta menyelesaikan masalah pengajaran dan pembelajaran yang dihadapi oleh guru secara usahasama.
Memupuk ikhtiar dan minat guru ke arah mempertingkatkan kualiti profesionalisme mereka.
Membina dan mengukuhkan daya juang, daya tahan dan daya saing di kalangan guru.
Mempertingkatkan ketrampilan guru melalui program latihan dalam perkhidmatan dan pendidikan.
Menyediakan kemudahan untuk guru menjalankan aktiviti sosial yang membina.
Mengerat hubungan dengan masyarakat setempat.
Piagam
Adalah dengan ini kami berjanji:
Bersedia membantu guru-guru mengikut keperluan yang dipohon oleh sekolah-sekolah kelompok.
Memberi layanan yang mesra kepada pengunjung-pengunjung dan pelanggan-pelanggan yang datang ke PKG.
Sedia membantu guru-guru dalam aspek pengetahuan dan keperluan dalam usaha meningkatkan mutu penyampaian di bilik-bilik darjah.
Membantu guru-guru menyediakan kemudahan dan peralatan yang ada bagi tujuan kursus/bengkel, seminar dan sebagainya apabila dipohon.
Membantu guru dalam aspek penyelidikan dan pembangunan serta menyebarkan maklumat pendidikan untuk sekolah-sekolah kelompok.
Peranan
PTP PKG haruslah mehir dalam berbagai bidang untuk menjayakan aktiviti yang dirancangkan di PKG. Selain itu PTP PKG berperanan:
Mengurus PKG dengan cekap dan perkesan.
Mengambil daya inisiatif dalam merancang perkembangan dan kemajuan PKG.
Memberi khidmat nasihat penghasilan dan cara penggunaan bahan pengajaran dan pembelajaran serta penggunaan perkakasan.
Mengambil bahagian dalam sessi perancangan aktiviti secara bersepadu.
Menjadi pemudahcara dalam kursus/bengkel/seminar.
Meneraju dan mengendalikan aktiviti khas untuk keperluan tertentu (special interest group)
Menjadi agen perubahan bagi sesuatu pembaharuan pendidikan.
Mempromosi dan menggalakkan amalan teknologi pendidikan.
Mempromosikan PKG kepada sekolah-sekolah dan masyarakat setempat.
|
|
|
|
|
|
|
 |
|
Waktu Anda Sekarang |
|
|
|
|
|
|
 |
|
PIPP |
|
|
|
|
|
| |
PELAN INDUK PEMBANGUNAN PENDIDIKAN 2006-2010
Dalam menjayakan Misi Nasional, KPM telah merangka Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang akan menjadi garis panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5 tahun dalam RMKe-9. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama KPM adalah untuk membangunkan SK sebagai aliran perdana kerana majoriti pelajar berada di SK. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC, SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah tersebut. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.
Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan negara iaitu:
Teras 1 Membina Negara Bangsa
Teras 2 Membangunkan Modal Insan
Teras 3 Memperkasakan Sekolah Kebangsaan
Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan
Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan
Teras 6 Melonjakkan KecemerlanganInstitusi Pendidikan
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Today, there have been 5 visitors (7 hits) on this page! |